Showing posts with label Puisi. Show all posts
Showing posts with label Puisi. Show all posts

Monday, 18 March 2013

Kerana Sendiri Aku

Aku terperangkap
Bukan kerana Tuhan

Aku terperangkap
Bukan kerana Teman

Aku terperangkap
Bukan kerana kekitaan

Aku terperangkap
Diri yang sendiri terusan
meniti takdir suratan

Kerana aku, memerangkapkan jasad
Sendiri aku, menjalani celaka keperitan
Terusan aku, redha dalam kejatuhan

Tanpa bangun
Aku terperangkap kecelakaan.


18 Mac 2013, 20:24.

Saturday, 12 January 2013

Merentas Masasial

Bisikan berulang
Menendang segala ruang dan gegendang
Kekeliruan menampal-nampal dan bersoal
Menyesatkan jiwa dari mengenal bahagia

"Selamat datang ke Neraka Cinta."
Perkataan halus merodok gegendang telinga
Fikiran kolot memutarkan visual-visual celaka
Diri ibarat merentas masasial tidak ternyata

Aku bagaikan dipertengahan
antara simpang berlekuk dan berliku
Tidak tahu mana arah tuju
Patutkah aku bangkit terbang  keatas?
Mematikan segala rasa celaka kebawah?

Aku cuma dipertengahan
Bertemankan bisikan halimunan yang tajam
Berpemandangan visual masasial yang hadapan

Aku cuma dipertengahan
Yang tidak dapat meramal apa yang dihadapan.

13 Januari, 15:37.

Sunday, 30 December 2012

Mesin Masa

     Aku berada didalam ruangan masa yang akan membawa aku ke tahun hadapan; Tahun 2013. Berada di dimensi yang baru adalah bukan kehendak aku. Aku hanya diberi dua pilihan yang akan menentukan kehidupan aku. Yang pertama, pilihan yang dirancang dan ditetapkan orang tua aku. Yang kedua, adalah pilihan yang dicadangkan oleh orang tua aku. Dan ya! Dalam diberi pilihan antara dua pilihan, aku akan membuat pilihan yang ketiga; Pilihan dimana aku yang lahirkan sendiri dan tiada perancangan seterus.

Kurang daripada 24 jam dari sekarang, ya'ini dari jam 11:26 zon masa UTC+08:00. Aku akan berkenalan dengan emosi yang baru. Ahh! Ini bukan keinginan aku! Tapi, aku tidak mampu untuk melawan sistem masa yang tiada butang untuk mengundurkan masa. Mesin masa ini hanya mempunyai satu sistem tugas dan matlamat. Ya'ini terus kehadapan dan tiada undur walaupun satu milisaat. Tiada sama sekali. Dan aku didalam ruangan ini akan terus kehadapan dan terus berhadap dengan apa yang didepan. Tiada jalan kebelakang. Aku akan terperangkap di dimensi 2013 selama 365 hari dan menjalani hidup dengan berkenalan emosi yang baru.

Azam di dimensi baru? Tiada. Aku tiada membuat azam. Pada aku, dimensi ini cuma fiksyen. Apa yang ada aku sarung pakai untuk sepadankan dengan emosi. Tiada pula anggap aku direaliti. Ahh! Ini semua fiksyen!

"Hari ini,
Lengkap 366 halaman muka surat
Aku tuliskan peristiwa manis dan kelat

Aku siap dengan persiapan
Menjalani proses pemformatan dendam memoir
Dan bertelanjang berhadap emosi yang baru
Sejasad ringan tanpa menggalas sebarang peristiwa

Kerna,
Di dimensi yang hadapan
aku akan menulis catatan peristiwa yang baru
Menyarungkan topeng emosi yang pelbagai
Berhadap dengan peristiwa yang aku tidak tahu

Aku akan terkurung
Selama 365 hari selepas ini
Dan akan ke dimensi lain lagi."

31 Disember, 15:33.

Thursday, 27 December 2012

Neraka Dalam Diam

Setiap detik,
Dada ditumbuk kuat perasaan celaka
Prasangka buruk menembak tepat ke minda
Suara-suara negatif menerajang gegendang telinga

Keliling cuma berdiri lembaga takut, resah, dan fobia
Sejasad batin dihenyak oleh lembaga-lembaga celaka
Jantung ditikam-tikam senjata tajam halimunan mereka
Bergelutan aku melepaskan diri
dari cengkaman kemelut jiwa

Aku lelah
Mengesakkan tangis secara diam
Menahan separuh nyawa dalam-dalam

Yang nyata,
Aku terkulai layu
Hampir mati sebatin aku

Yang pasti,
Lembaga-lembaga celaka sial ini
Tidak membenarkan aku terus mati
Siksaan dan tikaman bagaikan infiniti
Terus dan berterusan tanpa noktah mati.

28 Disember, 11:31.

Wednesday, 26 December 2012

Tusukan Belati

Setiap rembulan, hanya mengapungkan rasa ngeri

Dihampiri lembaga tak kelihatan
Bersenjatakan belati halimunan
Yang tajamnya menusuk jiwa
Menikam-nikam jantung cinta
Mengalirkan ketulan jernih mata

Lalu mematikan rasa bahagia.

Mati?

"Belum.
Semuanya belum berakhir
Dan semuanya tidak akan berakhir
Aku cuba jadikan belati kecil yang menikam ini
sebagai makanan ruji." Suara ghaib membisik ditelinga

Dan malam-malam yang lain
Diulang seperti malam-malam yang semalam
Berhadap dengan penuh rasa tenang
Menahan dengan penuh rasa dendam

Setiap malam
Aku hidup dalam keadaan mati
Mati tertanam dengan tusukan belati.

Sunday, 23 December 2012

Palat Yang Semalam

Semalamnya, didalam kereta milik abangnya, dia cuma mampu menyimpan segala sebak didalam-dalamnya. Terkadang dilihat menarik nafas seperti penghidap asma. Kaget dengan apa yang berlaku. Seperti mimpi sekilas lalu. Walhal, apa yang berlaku itu adalah realiti yang tidak boleh digubah reka. Ahh! Realiti itu puki! Tersangat kelat!

Dia menahan. Tidak mahu sesiapa tahu akan apa yang dilalu. Apa yang diborakkan dan ditanya oleh si abang, dia cuma mampu menjawab seringkas-ringkas ya dan betul.

Hanya selepas tiada sesiapa. Malam itu, semalamannya hanya bertidurkan pipi yang lencun. Fikir itu ini. Apa betul realiti dan bukan bermimpi.

"Ya, aku ini cuma menyakitkan hati. Cuma mengganggu dan mencuri tanpa izin masa lapang kau. Tidak pernah faham apa penat kau. Yang aku cuma tahu, hanya ingin melepaskan dendam rindu. Tidak fikir walau seinci pun akan penat kau. Manusia apa aku ini? Ya, aku ini cuma manusia yang tiada sempurnanya. Yang tiada sensi keenam untuk selam apa yang kau rasa. Aku cuma si bebal." Bisik si hati dalam-dalam bersendiri. Sehingga dia sedar, sudah keesokkan pagi. Cuba tenang. Dan terima segala-gala yang semalam.

"Segala suapan yang terhulur
Aku cuba terima perlahan-lahan
Mengunyah penuh rasa kelat
Menelan segala apa yang palat
Menghadam separuh nyawa tersesekat

Aku cuba memandang disudut positifiti
Menterbalikkan segala yang terjadi
Aku letakkan segala dijasad sendiri
Aku ibaratkan semuanya hanya mimpi

Bila melodi kembali tersusun rapi,
Aku buang segala tahi
Dan aku tanam dilubang hati
Dan hanya memendam seorang diri."

24 Disember. 02:29.

Monday, 17 December 2012

Seminit Yang Gerak Sesaat

Semalamnya, fikiran aku kusut. Dicucuk pelbagai kata soal. Apa kau buat? Apa keadaan kau? Apa sihatkah kau? Apa selesakah kau dihari pertama? Dan hari ini adalah hari kedua. Sepertinya, aku tak sanggup lagi mahu terus kehari esok. Risau kalau-kalau kau kenapa-kenapa dalam keadaan kau yang begitu.


Tak pernah kita jarang berhubung sebegini. Sepenuh aku rindukan seluruh engkau. Gelak tawa kau, rajuk kau, pujukan kau, marah kau, cerita-cerita panjang kau. Segalanya sayang! Aku rindukan itu sayang. Yang amat! Jagalah hati kau itu, hanya untuk aku. Maka aku disini, sama laku.



"Jika seminit itu adalah sesaat
Aku hargai masa apa adanya
Tapi nyatanya mustahil

Jikalaulah Tuhan mengizinkan
sistem putaran waktu kebelakang
Yang mana jarum bergerak
dari jam 1 ke jam 12 belakang
Yang mana minitnya bergerak
seperlahan setitik

Waktu itu,
Aku luahkan semahu boleh,
Apa rasa aku, terhadap rasa engkau."

18 Disember, 11:06.

Merentap Nyawa


Memendam separuh nyawa
rasa rindu
Mendiam seribu bahasa
seorang aku.

Tidak mahu engkau tahu;
Betapa bernanahnya hati aku
Betapa tak berwarna hari aku
Betapa kosongnya pertuturan aku
Betapa gelapnya penglihatan aku.

Aku cuba pendam tahan,
Demi engkau kesayangan.

Rindu itu,
Kalaulah engkau ditempat aku.

17 Disember, 20:26.

Saturday, 15 December 2012

Mengorbit Engkau


Jika benar itu engkau,
yang semalamnya lebatkan hujan cinta

Makanya disini aku,
menadah simpan lebat hujan itu
Dan tidak akan henti mengorbit engkau
Tidak akan henti melangkah mengejar engkau

Kerna engkau,
Permata bahagia terhad disemesta
Tiada gunanya aku mencampakkan engkau
jauh dalam diluasan perbentangan laut
Dan mengutip batu derita
yang berlambakkan dipersisiran pantai.

15 Disember, 21:41.

Thursday, 13 December 2012

Malam Hitam


Dia baring kesini, kejap kesana. Ufuk yang dikiblatkan ke pelbagai arah, tidak menemukan dia dengan tenang jiwa. Tidak tenteram walaupun milisaat. Dia bangkit duduk, sambil menekup muka memandang tepat kebawah. Dia monolog dalam-dalam;

"Ahh, rindu ini! Mengapa mencengkam sebegitu perit sekali? Mengapa cakaran halus ini benar-benar perih merindu?" Ubun-ubun rambut ditarik tekan bertubi-tubi. Malam ini, dia rasakan sunyi sepi. Tiada mendengar vokal lembut dari si gadis. Melodi malam ini, tersangat, tidak sekata. Dicapai sebatang tembakau, dinyalakan api. Masuk kali ini, batang tembakau yang dihisap adalah tiga.

"Tiada setitik hitam kebosanan
yang mengalir disaluran darah
Apabila engkau disisi aku
membunuh pelukan sepi yang parah
Memancarkan cahaya warna
menembusi setiap kegelapan, tak terarah.

Bila tiada dengar engkau,
Sebaliknya yang berlaku,
secara totalnya adalah hitam."

14 Disember, 02:26.

Wednesday, 12 December 2012

Panahan Cupid

Datangnya cupid cinta
menegur seorang pemuda;

"Hey, figura yang berduka!
Yang engkau lihat didepan itu
Apa benar engkau ingin dia?
Apa benar rasa itu terhadap dia?
Apa benar senyuman itu ikhlas
kau lempar berikan dia?"

Jawab pemuda;

"Aku keliru
Sepertinya, aku sudah beralah
berada di bulatan cinta
Lihat dia
Beza kami jauh
Tidak bertemu hujung dan pangkal."

Jangan difikir bertubi-tubi
Yang tiada hujung dan pangkal
itulah cinta infiniti

Terus cupid berlalu pergi
Menjalankan misi,
memanah mencuri hati.

13 Disember, 11:56.

Tuesday, 11 December 2012

Blank Face

Muka tidak ber apa perasaan
Dia berjalan dan terus berjalan
Sambil kepala penuh jarum dicucukkan
Sambil otak penuh dawai kawat dililitkan
Sambil hati kuat dicengkam kehibaan
Dia tetap berjalan
Berjalan tanpa tunjuk perasaan dalaman

Biar yang merasa ketajaman tajam cinta,
hanya seorang dia
Pedulikan figura-figura yang ada
Yang lainnya tiada faham apa yang dirasa.

12 Disember, 15:09.

Sial Disember

Dalam keadaan dibiarkan terbiar, dia mengenangkan celaka dipagi hari. Itu semua disebabkan oleh homo yang lain. Dengan penuh rasa hiba, dia mengeluh; 
     "Mungkin Disember kali ini sama macam sebelum-sebelumnya. Redha, terima apa yang ditentukanNya. Mungkin salahnya letak pada aku. Yang tidak ambil gerak awal. Sebabkan mereka, engkau sepertinya seakan-akan dimalukan. Sehinggakan aku, terasa yang engkau sikit-sikit berperasaan menyampah terhadap perilaku aku. Itu apa yang aku rasa. Aku harap ianya tidak." Lalu dia berganjak pergi, menunggu ini hari mati. Tidak sabar ke esok hari. Dan terus merentas masa yang didepan-depan mencari bahagia ketenangan.

"Bergelumang dengan rasa hiba
Bermandikan darah sial Disember
Aku cuba teguhkan satu ini;

Yang datang,
mungkin telah ditampalkan pada aku
Mungkin selamanya aku harus lalu
Detik, jam, waktu, hari, minggu, bulan dan tahun.

Apa pun yang datang
Siapa pun yang bertandang
Aku tetap lindungi engkau
Aku bunuh kata-kata
si penyebab kau dan aku,
Diselubung rasa malu."

12 Disember, 11:54.

Separuh Aku, adalah Engkau.

Duduk-duduk seorang, lalu aku berfikir;

Bagaimana kalau, yang menceriakan hari kau itu, bukan aku. Tetapi dia. Meski yang dikata seketul hati itu berada ditelapak aku. Tapi bila dengan aku, ternyata tiada ukiran senyuman kau di wajah. Tapi bila dengan dia, ternyata bukan ukiran senyuman yang kau lemparkan. Tetapi, gelak tawa serta sinisan manis gula-gula yang kau lempar.

Faktanya memang aku dihati kau seperti yang diluahkan. Tetapi, bagaimana pula kalau, si dia yang kau layani itu, menaruh satu ribu satu harapan terhadap kau. Dan sekian lama kita merentas masa dan bergerak kedepan dan depan lagi. Aku, sikit-sikit kau tolak dari hati.

Aku tak mahu. Aku tak mahu itu dijadikan. Sengaja atau tidak. Sungguh! Dalam-dalam jiwa ini, tidak mahu kehilangan kau. Kau itu sudah separuh dari aku.

"Siulan bayu menghembus harapan
Alunan ombak menolak rapat perasaan
Melodi jiwa melekat menampal
Mengharap bergunung,
aku jangan ditinggalkan."

11 Disember, 16:13.

Monday, 10 December 2012

Proses

Satu jasad
Dua bahagian
Satunya dalaman positif
Satu lagi dalaman negatif

Tenangnya jiwa
bila proses pengagihan jiwa
berlaku untuk melawan satu rasa
Melawan satu kemelut jiwa
Melawan satu lembaga

Iaitu,

Fobia.

11 Disember, 13:07.


Malam Itu


Perasaan ini, selalu adanya penanda soal diakhir fikiran. Jiwa mengkritik penuh rasa curiga. Kemelut perasaan bersangkut paut dengan si silam lama. Tuluskah dia mencintai aku? Ikhlaskah dia melayani aku? Seperti tiada konklusi bagi semua persoalan.

Fobia dulu betul-betul mencengkam jiwa. Betul-betul kasar cakaran celaka. Kenapa masih lagi itu semua memeluk aku? Kenapa??? Mohon segala rasa fobia itu ditolak jauh-jauh. Aku penat. Aku lelah memanjat gunung kebahagian. Aku cuma mahu merasakan manis-manis gula. Bukan mahukan pahit kelat rasa peria.

Aku mohon pada Tuhan. Aku mohon agar hubungan ini, kekal berterusan. Walau terkadang, celaka bertandang. Aku mohon agar aku mampu bertahan.

"Berlantaikan penuh rasa duka
Berbumbungkan penuh rasa celaka
Terbang diri mengadu kepada Tuhan
Berlari mengejar setajuk nama 'Impian'."

10 Disember, 23:23.

Sunday, 9 December 2012

Tunduk Akur

Terkadang
Bait-bait yang terkeluar
sangat menyakitkan

Berdebar
Bagaikan menunggu datangnya mati
Menyentap
Bagaikan roh ditarik Izrail

Mengoyak
Merabak
Merobek
Mencarik dalam-dalam diri
Membuat jiwa meronta
Membuat diri terpenjara

Diluah rasa bersalah
Dipendam hati bernanah

Apa boleh buat?

Mati?

10 Disember, 10:41.

Friday, 7 December 2012

Berlari

Aku cuba lari--

lari--

dan berlari--

Dari figura sekeliling
Dari seorang bidadari

Bukan lari apa

Cuma larikan,
Tentang sesuatu isi hati ini
yang dalam-dalamnya
celaka terpendam
Tahi yang tak terluah
dari lubuk hati

Yang aku rasakan,
Perih hati
Celaka dalam
Yang aku pikul seorang
Terlalu berat

Segala celaka dan tahi
Aku luah disini.

7 Disember, 16:30.