Aku berada didalam ruangan masa yang akan membawa aku ke tahun hadapan; Tahun 2013. Berada di dimensi yang baru adalah bukan kehendak aku. Aku hanya diberi dua pilihan yang akan menentukan kehidupan aku. Yang pertama, pilihan yang dirancang dan ditetapkan orang tua aku. Yang kedua, adalah pilihan yang dicadangkan oleh orang tua aku. Dan ya! Dalam diberi pilihan antara dua pilihan, aku akan membuat pilihan yang ketiga; Pilihan dimana aku yang lahirkan sendiri dan tiada perancangan seterus.
Kurang daripada 24 jam dari sekarang, ya'ini dari jam 11:26 zon masa UTC+08:00. Aku akan berkenalan dengan emosi yang baru. Ahh! Ini bukan keinginan aku! Tapi, aku tidak mampu untuk melawan sistem masa yang tiada butang untuk mengundurkan masa. Mesin masa ini hanya mempunyai satu sistem tugas dan matlamat. Ya'ini terus kehadapan dan tiada undur walaupun satu milisaat. Tiada sama sekali. Dan aku didalam ruangan ini akan terus kehadapan dan terus berhadap dengan apa yang didepan. Tiada jalan kebelakang. Aku akan terperangkap di dimensi 2013 selama 365 hari dan menjalani hidup dengan berkenalan emosi yang baru.
Azam di dimensi baru? Tiada. Aku tiada membuat azam. Pada aku, dimensi ini cuma fiksyen. Apa yang ada aku sarung pakai untuk sepadankan dengan emosi. Tiada pula anggap aku direaliti. Ahh! Ini semua fiksyen!
"Hari ini,
Lengkap 366 halaman muka surat
Aku tuliskan peristiwa manis dan kelat
Aku siap dengan persiapan
Menjalani proses pemformatan dendam memoir
Dan bertelanjang berhadap emosi yang baru
Sejasad ringan tanpa menggalas sebarang peristiwa
Kerna,
Di dimensi yang hadapan
aku akan menulis catatan peristiwa yang baru
Menyarungkan topeng emosi yang pelbagai
Berhadap dengan peristiwa yang aku tidak tahu
Aku akan terkurung
Selama 365 hari selepas ini
Dan akan ke dimensi lain lagi."
31 Disember, 15:33.
demensi ke demensi zahir.
ReplyDeleteyang batin. kita tidak pasti.
masa tidak menanti untuk mati.
terkurung seorang diri. tersangat ngeri.
Terkurung dalam sangkar masa yang mana kunci untuk keluar adalah usaha dan seterusnya.
ReplyDelete