Dalam keadaan dibiarkan terbiar, dia mengenangkan celaka dipagi hari. Itu semua disebabkan oleh homo yang lain. Dengan penuh rasa hiba, dia mengeluh;
"Mungkin Disember kali ini sama macam sebelum-sebelumnya. Redha, terima apa yang ditentukanNya. Mungkin salahnya letak pada aku. Yang tidak ambil gerak awal. Sebabkan mereka, engkau sepertinya seakan-akan dimalukan. Sehinggakan aku, terasa yang engkau sikit-sikit berperasaan menyampah terhadap perilaku aku. Itu apa yang aku rasa. Aku harap ianya tidak." Lalu dia berganjak pergi, menunggu ini hari mati. Tidak sabar ke esok hari. Dan terus merentas masa yang didepan-depan mencari bahagia ketenangan.
"Bergelumang dengan rasa hiba
Bermandikan darah sial Disember
Aku cuba teguhkan satu ini;
Yang datang,
mungkin telah ditampalkan pada aku
Mungkin selamanya aku harus lalu
Detik, jam, waktu, hari, minggu, bulan dan tahun.
Apa pun yang datang
Siapa pun yang bertandang
Aku tetap lindungi engkau
Aku bunuh kata-kata
si penyebab kau dan aku,
Diselubung rasa malu."
12 Disember, 11:54.
No comments:
Post a Comment