Dia baring kesini, kejap kesana. Ufuk yang dikiblatkan ke pelbagai arah, tidak menemukan dia dengan tenang jiwa. Tidak tenteram walaupun milisaat. Dia bangkit duduk, sambil menekup muka memandang tepat kebawah. Dia monolog dalam-dalam;
"Ahh, rindu ini! Mengapa mencengkam sebegitu perit sekali? Mengapa cakaran halus ini benar-benar perih merindu?" Ubun-ubun rambut ditarik tekan bertubi-tubi. Malam ini, dia rasakan sunyi sepi. Tiada mendengar vokal lembut dari si gadis. Melodi malam ini, tersangat, tidak sekata. Dicapai sebatang tembakau, dinyalakan api. Masuk kali ini, batang tembakau yang dihisap adalah tiga.
"Tiada setitik hitam kebosanan
yang mengalir disaluran darah
Apabila engkau disisi aku
membunuh pelukan sepi yang parah
Memancarkan cahaya warna
menembusi setiap kegelapan, tak terarah.
Bila tiada dengar engkau,
Sebaliknya yang berlaku,
secara totalnya adalah hitam."
14 Disember, 02:26.
No comments:
Post a Comment