Wednesday, 12 December 2012

Rasa aku terhadap engkau, dalam-dalamnya laut, lebih lagi dalam dari itu. Bila dirapatkan jiwa ini dengan engkau, aku rasakan; "Ahh bahagianya cinta." Sepertinya, inilah pertama kali aku merasakan panahan cupid yang sebenar-benarnya. Tidak seperti usang-usang memori. Yang perlu aku redahi beberapa halangan tembok untuk ke puncak bahagia. Dan tapi akhirnya, tergelincir jatuh terus bergolekkan ke gaung neraka cinta. 

Tapinya bila bersentuhan jiwa dengan engkau. Aku tidak perlu memanjat apa-apa. Aku tak perlu berenang rebutkan cinta engkau. Cukup hanya aku selami dalam-dalam rohani engkau. Lupuskan celaka yang pernah diami diri kau. Dan engkau, bersedia untuk aku. Dan aku, milik engkau.

Walaupun terkadang itu, kita berselisihan faham. Bertengkar itu ini. Percayalah. Tanpa itu, kita tidak sesempurna ini sayang. Tanpa itu, kita tidak begini.

13 Disember, 11:45.

No comments:

Post a Comment